SIJIL ASAS DAN LANJUTAN KADET BOMBA 2019

Tahniah buat Kadet Bomba Kuching High telah berjaya melepasi dan memperolehi Sijil Asas dan Lanjutan Kadet Bomba Malaysia yang ditandatanganinoleh YS Pengarah JBPM Sarawak. Seramai 3 orang (Sijil Asas) dan 12 orang (Sijil Lanjutan) telah berjaya mendapatkan sijil tersebut selepas melepasi ujian yang telah dilaksanakan oleh BBP Padungan. Semoga sijil yang diperolehi dapat membantu kadet di masa akan datang.

UJIAN KENAIKAN PANGKAT LANS KOPERAL DAN KOPERAL KADET BOMBA BAHAGIAN KUCHING 2019

Pada 29 Oktober 2019 telah diadakan ujian kenaikan pangkat lans koperal dan koperal tahun 2019 bertempat di BBP Petra Jaya, Kuching. Sebanyak 9 buah sekolah menyertai dengan penyertaan 76 orang kadet dan kesemuanya telah lulus dengan jayanya. Pada sebelah petang, Majlis penutupan telah dirasmikan oleh PgKB I Henderi Ardimansyah, Ketua Zon 1, JBPM Sarawak.

 

ANNUAL DINNER KUCHING HIGH 2019

Pada tahun ini, sekali lagi wakil jurulatih kadet Bomba PB Ismail Assan mewakili BBP Padungan hadir ke Majlis Makan Malam Kuching yang di anjurkan oleh pihak sekolah bertempat Imperial Hotel, Kuching. Ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada jurulatih kadet yang banyak membantu pihak sekolah dalam aktiviti-aktiviti kadet sepanjang tahun 2019.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SMJK KUCHING HIGH 2019

Tahniah buat Pasukan Kadet Bomba Sekolah atas pencapaian tahun 2019. Ini adalah hasil usaha pelajar dan guru-guru Kadet Bomba (Cikgu Pidan, Cikgu Michelle, Cikgu Aldous, Cikgu Noraini dan Cikgu Saiful) juga di bantu oleh jurulatih kadet dari BBP Padungan yang sentiasa menyokong setiap apa yang dirancang oleh pihak sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih baik pada masa akan datang.

KADET BOMBA HIGHIAN TAKLUK GUNUNG SINGAI, BAU

Sekumpulan ahli Kadet Bomba SMJK Kuching High di bawah jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Padungan mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Singai baru-baru ini.

Ekspedisi yang dirancang oleh Pegawai Kadet Kanan merangkap Ketua Guru Penasihat Kadet Bomba Sekolah, Mohamad Saifullah Md Sabri disertai oleh tujuh orang ahli kadet yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua, tiga, empat dan lima.

Tujuan ekspedisi ini adalah untuk menyemarakkan kerjasama berpasukan dan perpaduan di kalangan ahli kadet bomba. Pendakian ini bukanlah mudah kerana ianya memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menghadpi rintangan dan kesukaran bentuk bumi yang curam untuk smpai ke puncak walaupun separuh perjalanan agak mudah kerana hanya perlu mengikut laluan bertangga yang disediakan sebagai laluan ke Gereja Kristus Raja iaitu satu kawasan yang dibangunkan untuk memperingati sejarah tapak pertama penyebaran agama Katolik di Singai.

Bagi memudahkan pendakian, tali disediakan oleh penjaga Gunung Singai bagi membantu pendaki melepasi kawasan yang curam dan licin. Kumpulan ekspedisi tiba dipuncak gunung pada jam 10.30 pagi setelah mendaki hampir dua jam.

Walaupun demikian, Saifullah melahirkan rasa puas hati yang tidak terhingga kerana semua ahli kadetnya telah berjaya melaksana misi menakluk Gunung Singai dan turut berjaya menakluk Gunung Serapi pada April lalu dan merancang akan menakluk gunung-gunung lain pada masa akan datang.

 

MALAM BAKAT 2019

MALAM BAKAT 2019

Pada 13 Julai 2019, Pasukan Kadet Bomba sekolah telah membuat persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk mengumpul dana sekolah bagi menjalankan aktiviti kokurikulum. Tahniah kadet yang semangat dan menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah 💪

PERJUMPAAN KOKURIKULUM : MASAKAN RIMBA

Tarikh : 27 April 2019 I Sabtu I 0900 – 1200

Perjumpaan kokurikulum Kadet Bomba minggu ini adalah sesi praktikal memasak masakan rimba seperti ayam pansuh. Kadet diberi peluang dan didedahkan cara menghidupkan api menggunakan mancis, memasak nasi dan juga penggunaan beberapa alatan lain bagi keadaan survival. Semua aktiviti dilakukan di sekitar kawasan sekolah

EKSPEDISI PENDAKIAN GUNUNG SERAPI KADET BOMBA 2019 (FIT@SERAPI) BERSAMA BBP PADUNGAN

Seramai 27 orang kadet dan 14 orang guru serta jurulatih Kadet Bomba daripada SMK Kuching High, SMK Seri Setia dan MRSM Kuching terlibat dan program yang telah dianjurkan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara Kadet Bomba dengan pihak JBPM selain itu ia merupakan sebuah program reakrasi bagi menguji kekuatan mental dan fizikal khususnya ahli Kadet Bomba.

Sebelum pendakian bermula, satu sesi taklimat telah diadakan oleh En. Aldous Jeris kepeda semua peserta. Pendakian bermula 8.30 pagi dan berjaya turun dengan selamat pada jam 1.15 tengah hari. Semua peserta begitu teruja dalam program yang diadakan.

Terima kasih buat BBP Padungan dan Ibu Pejabat JBPM Sarawak untuk membenarkan penggunaan bas JBPM bagi kegunaan aktiviti kadet. 👨‍🚒👨‍🚒