TATACARA PEMAKAIAN TUCK IN PEGAWAI/GURU KADET/KADET

PEMAKAIAN TANDA PANGKAT GURU LELAKI KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA ( PAKAIAN TUCK INBaju

  1. kemeja berlengan pendek (kadet lelaki)
  2. kemeja berlengan panjang (kadet wanita)
  3. warna biru lembut
  4. kain kapas
  5. berpoket dua
  6. Logo Kadet Bomba dan Penyelamat diletak di lengan sebelah kiri
  7. dua ’appholet’ di atas bahu

Seluar

  1. kemeja berlengan pendek (kadet lelaki)
  2. kemeja berlengan panjang (kadet wanita)

Cap

  1. pilihan untuk guru lelaki dan wanita

Topi Beret

  1. sama seperti beret pakaian seragam celoreng

Tanda Nam

  1. latar belakang hitam
  2. huruf putih
  3. dipakai di bahagian atas poket sblah kanan

Kasut

  1. kasut Kulit berwarna hitam bertali
  2. bertapak rendah

Tali Pinggang

  1.  warna biru gelap
  2. kepala berlambang Bomba dan Penyelamat

Tanda Pangkat

  1. di bahu untuk Guru Lelaki dan Wanita
  2. di lengan sebelah kanan untuk Kadet Lelaki dan Wanita

Tudung

  1. Berwarna hitam
  2. dimasukkan ke dalam kolar baju

Kolar Dot (Guru Bertauliah)

  1. di kolar baju kiri-kanan
  2. Berwarna keemasan (besi)

Kolar Bar (Pegawai Kadet Muda)

  1. di kolar baju kiri-kanan
  2. Berwarna keemasan (besi)
Advertisements

TATACARA PAKAIAN BUSH JACKET PEGAWAI/GURU KADET

PAKAIAN BUSH JACKETBaju

  1. jaket berlengan pendek (untuk lelaki)
  2. jaket berlengan panjang (untuk wanita)
  3. warna biru
  4. berpoket empat
  5. dua ’appholet’ di atas bahu
  6. mengikut spesifikasi Pakaian Seragam No. 2 JBPM

Seluar

  1. panjang bertali pinggang
  2. warna biru

Cap

  1. warna biru tua
  2. lencana kain bersulam lambang Kadet Bomba dan Penyelamat

Butang

  1. empat butang kecil untuk poket
  2. dua butang kcil untuk appholet
  3. enam butang besar untuk baju

Line Yard

  1. berwarna merah beserta wisel

Tanda Nama

  1. latar belakang hitam
  2. dipakai dibahagian atas poket sebelah kanan
  3. huruf putih

Kasut

  1. kasut kulit berwarna hitam bertali
  2. tapak rendah

Tanda Pangkat

  1. di bahu kiri-kanan
  2. lapik pangkat berwarna biru tua

Tali Pinggang

  1. warna mengikut warna uniform
  2. kepala berlambang Bomba dan Penyelamat

Tudung

  1. berwarna hitam
  2. dimasukkan ke dalam kolar baju

Kolar Dot (Guru Bertauliah)

  1. di kolar baju kiri-kanan
  2. Berwarna keemasan (besi)

 

TATACARA PEMAKAIAN CELORENG KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

pemakaian-kadet

Ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Lelaki / Perempuan                          

    1. Baju
      • Di lengan sebelah kanan dijahit tanda pangkat  (jika ada).
      • Di sebelah kanan atas poket diletakkan  tanda nama dengan jahitan sulam.
      • Di kiri atas poket ditanda nama .
      • Di lengan sebelah kiri diletakkan Logo Kadet Bomba dan Penyelamat
      • T-Shirt celoreng berkolar bulat dipakai sebagai pakaian dalam.
      • Baju lengan panjang dengan manset/cuffs 50mm, belahan 180mm pada penghujung lengan baju.
      • Poket dada jenis bertampal dikedua-dua belah 120mm lebar dan 140mm panjang dan poket bahagian bawah adalah dari jenis tampal dan kedua-dua belah poket berukuran 145mm lebar.
      • Kesemua poket baju mempunyai penutup poket dan dilengkapi dengan valcro.
      • Bahagian bahu baju mempunyai jalur bahu berbucu/meruncing kearah kolar dengan butang baju biasa warna hitam.
      • Kain adalah jenis celoreng dan hendaklah mengandungi jalur-jalur warna biru tua, orange dan olige green.
    2. Seluar
      • Mempunyai dua poket di belakang dengan penutup 120mm lebar yang dilengkapi dengan valcro.
      • Dua belah poket di kiri kanan seluar dengan bukaan 35mm.
      • Terdapat dua poket tambahan pada bahagian peha seluar dari jenis tampal dan mempunyai penutup yang dilengkapi dengan valcro.
      • Bahagian pinggang terdapat klip penyangkuk yang boleh diselaraskan mengikut keperluan saiz pengguna
      • Ikatan pinggang adalah 40mm dalam dan terdapat tiga lubang tali pinggang besar yang berbentuk meruncing disekeliling pinggang.
      • Kain adalah jenis celoreng dan hendaklah mengandungi jalur-jalur warna biru tua, orange dan olige green.
      • Kaki seluar dilengkapkan dengan getah bergrip.
    3. Tali Pinggang
      • Tali pinggang berwarna biru tua adalah dari jenis tali pinggang keselamatan yang ditetapkan.
    4.  Kasut
      • Adalah dari jenis combat/ flying boot atau yang bersamaan dengannya
    5. Topi ‘Beret’
      • Berwarna biru gelap dengan memakai lambang kadet bomba
      • Dilekatkan badge lambang Kadet Bomba
    6. Tudung
      • Berwarna hitam, dimasukkan ke dalam kolar baju.

LIRIK LAGU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

KADET BOMBA BERSATU

Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara

Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap Bersedia

Menimba ilmu jaya
Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya

Kadet Bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur
Gigih berusaha

Ikrar kami sahutkan
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia Jaya            2X

LOGO KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Logo

Berikut merupakan butiran berkenaan logo Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia :

i. Bulan Bintang

  • Melambangkan nilai-nilai Islam dan nilai-niali murni diserapkan ke dalam Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia

ii. Dua Rumpun Padi

  • Kerjasama antara Kadet Bomba dan Penyelamat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat

iii. Helmet

  • Memberi perlindungan dan keselamatan kepada ahlis

iv. Kapak

  • Salah satu alat (perkakas) yang dapat menggandingkan ilmu akademik dengan kebombaan . Semangat juang dalam mencegah kebakaran dan mengutamakan keselematan nyawa dan harta benda

v. Warna

  • Kuning Emas – Taat setia kepada Raja dan Negara

 

Sumber : Buku Panduan Penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia