PERKHEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Pada 6-11 April 2019, dua orang Kadet Bomba dan seorang guru pengiring dari SMK Kuching High telah bersama-sama mewakili kontigen Sarawak dalam perkhemahan kadet Bomba di Pusat Kokurikulum JPN Kelantan. Antara acara yang disertai oleh mereka ialah Kawad Kaki, Aspect Challange dan Ikatan dan Simpulan. Kontigen Sarawak telah menduduk tempat keempat bagi kategori aspect challenge (lelaki) yang diketuai oleh kadet Muhammad Hanif Luqman Bin Aini dari SMK Kuching High. 

Terima kasih buat Bahagian Latihan JBPM Sarawak dan semua jurulatih kadet serta guru-guru pengiring yang banyak memudahkan perjalanan pergi dan balik bagi kesemua aktiviti.

BILIK SEMENTARA KADET BOMBA HIGHIAN

Kami diarahkan oleh pihak sekolah untuk mengosongkan bilik kadet Bomba sedia ada untuk dijadikan makmal komputer kedua. Walau bagaimanapun, bilik kadet Bomba yang baharu akan dibina sedikit masa lagi. Hari ini anggota kadet bekerjasama mengosongkan bilik dengan menghantar semua peralatan ke bilik sementara di tingkat 4 blok 1.

LALUAN KECEMASAN SEKOLAH

Pada 17 Mac 2019, ahli Kadet Bomba telah melakukan kerja-kerja penambahbaikan pada laluan kecemasan bagi memudahkan warga sekolah mengikut panduan yang telah ditetapkan berdasarkan peta laluan kecemasan yang disediakan oleh pihak pentadbir sekolah.

PERTANDINGAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019

Pada 3 – 6 Mac 2019, seramai 4 orang Kadet Bomba SMK Kuching High telah newakili Zon Kuching bersama sekolah lain dalam pertandingan Kadet Bomba peringkat negeri Sarawak di Ibu Pejabat, JBPM Sarawak.

Berikut merupakan KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN KADET BOMBA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019 yang disertai oleh wakil daripada SMK Kuching High

1. ASPEC CHALLENGE
**Johan* = Kuching (L)
**Naib Johan**= Kuching (P)

2. CADET CHALLENGE
**N. Johan** = Kuching

 

LATIHAN PUSAT : PERTANDINGAN KADET BOMBA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019

Seramai empat orang kadet bomba SMK Kuching High telah dipilih oleh Pejabat Penguasa Zon Kuching untuk mewakili zon Kuching ke pertandingan peringkat negeri Sarawak pada 3-6 Mac 2019 di Ibu Pejabat, JBPM Sarawak. Latihan di jalankan pada 28 Februari – 2 Mac 2019 bertempat di Balai Bomba dan  Penyelamat Tabuan Jaya. Antara acara yang diwakiki oleh kadet Bomba Highian ialah aspect challenge, ikatan dan simpulan serta cadet challenge. Semoga berjaya dalam pertandingan bersama zon Samarahan, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KETUA PLATUN DAN KURSUS ASAS GURU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK 2019

Majlis Penutupan Kursus Ketua Platun dan Kursus Asas Guru Kadet Bomba 2019 telah diadakan pada 25 Februari 2019 di Bilik Seminar, Ibu Pejabat JBPM Sarawak yang telah dirasmikan oleh Pengarah JBPM Sarawak iaitu YS PKPjB Khirudin Bin Drahman @Husaini. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua SMK Kuching High, En Tan Kiang Tuang, En. Suai’di, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan Cik Leong Chin Chin, wakil Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Seramai 52 daripada 75 orang Kadet Bomba berjaya dalam ujian kenaikan pangkat sarjan manakala 20 orang guru Kadet Bomba berjaya di tauliahkan sebagai guru Kadet Bomba Bertauliah. Terdapat 4 orang guru Kadet Bomba dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Kanan Kadet iaitu Marzatul Zanina Binti Zabidi (SMKA Sheikh Hj Othman Abdul Wahab), Jimmy Ngu Yong Ek (SMK Seri Setia), Muhd Badrul Hisyam Bin Ismail (SMKA Tun Ahmad Zaidi), Abdul Kamsah Bin Samaran (MRSM) Kuching dan Ee Reen Jarip (SM Sains Kuching) di tauliahkan sebagai Penolong Penguasa Kadet.

Pada Majlis ini juga Mohammad Nazmiezan Bin Mohamad Alfian (SMK Seri Setia) telah dinobatkan sebagai kadet lelaki terbaik manakala Nurul Atikah Binti Zaidie(SMK Batu Kawa) pula merangkul kadet perempuan terbaik.

KURSUS KETUA PALTUN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK 2019

Kursus ketua platun Kadet Bomba telah diadakan pada 22-25 Februari 2019 bertempat di Ibu Pejabat JBPM Sarawak. Seramai 75 orang peserta telah menyertai kursus berkenaan. Antara pengisian program adalah teori kebombaan, ikhtiar hidup, asas pertolongan cemas, pengenalan peralatan kebombaan, kadet challenge, penilaian individu (temuduga) dan malam bakat. Pada akhir kursus diadakan majlis penutupan yang dirasmikan oleh Pengarah JBPM Sarawak dan anggota kadet yang telah lulus temuduga dan ujian praktikal akan ditauliahkan pangkat sarjan.

KURSUS ASAS GURU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK SIRI I/2019

Pada 22-25 Februari 2019, seramai 20 orang guru penasihat guru kadet bomba seluruh negeri Sarawak telah menyertai kursus tersebut. Program ini adalah program kerjasama Bahagian Latihan JBPM Sarawak dengan SMK Kuching High dan Persatuan Guru-Guru Kadet Bomba Kuching yang dilaksanakan di BBP Tabuan Jaya, Kuching. Antara pengisian program ialah

1. Pengurusan organisasi Kadet Bomba Sekolah
2. Teknik penyelamatan di air
3. Asas pertolongan cemas
4. Repealing dan asas simpulan dan ikatan
5. Breathing Apparatus
6. Ujian Asas Guru Kadet Bomba
7. Pengkongsian Guru Kadet Bomba
8. Pentauliahan/Pemakaian tanda pangkat Guru Kadet

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak.