PERJUMPAAN MINGGUAN : KAWAD OPERASI BASAH & KAWAD OPERASI BUIH

TUJUAN PROGRAM

  1. Mendedahkan pelajar dengan peralatan kebombaan dan tatacara berkaitan kawad operasi basah secara teori dan praktikal.

OBJEKTIF

  • Menggunakan hos dengan cara yang betul.
  • Mengetahui secara teori kandungan buih yang digunakan semasa operasi kebombaan
  • Menghuraikan apa yang di-masudkan dengan Kawad Hos I, II dan III.

TARIKH / TEMPAT PROGRAM

10 Februari 2018 (Bilik Kuliah Padungan dan sekitar BBP Kuching)

Advertisements

KURSUS ASAS GURU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK SIRI 1/2018

Gambar Sekitar Kursus Asas Guru Kadet Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Siri I/2018 dari 1 hingga 3 Februari 2018 di BBP Kuching anjuran SMK Kuching High bersama Bahagian Latihan, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Majlis Penutup telah dirasmikan oleh PgKB I Johari Bin Dzulkiflie, Ketua Penguasa Bomba Zon Kuching.

PERJUMPAAN MINGGUAN : ASAS KAWAD KAKI & MODUL BREATHING APPARATUS (BA)

TUJUAN PROGRAM

  1. Memberi pendedahan awal berkaitan hukuman asas kawad dan kawad kaki statik
  2. Memberi pendedahan secara teori dan praktikal penggunaan alat pernafasan

AKTIVITI PROGRAM

1. Asas Kawad Kaki

  • Memilih prade komandan baharu 2018
  • Memberi arahan asas kawad kaki (senang diri, rehatkan diri, baris sedia, ke kanan lurus dan keluar baris)

2. Alat Bantuan Pernafasan (BA)

  • Mengetahui komponen BA
  • Menggunakan BA secara praktikal sambil dipantau oleh jurulatih PB Chai

TARIKH / TEMPAT PROGRAM

20 Januari 2018 (BBP Kuching)

MESYUARAT PEMILIHAN KEPIMINAN 2018 DAN MODUL PENGENALAN KADET BOMBA

TUJUAN PROGRAM

Melantik para pemimpin KBPM di peringkat pelajar bagi memastikan program tahunan yang dicadangkan akan dilaksanakan secara berkesan sepanjang tahun 2018

TARIKH / MASA PROGRAM

13 Januari 2018

AKTIVITI PROGRAM

  1. Melantik AJK Tertinggi dan AJK pengurusan KBPM 2018
  2. Membincangkan berkenaan aktiviti 2018 yang akan berlangsung
  3. Membincangkan berkenaan pemakaian anggota KBPM serta pembayaran yuran tahunan.
  4. Menerangkan pengenalan sejarah, lagu, logo Kadet Bomba

MESYUARAT PELARASAN aktiviti KOKURIKULUM KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SMJK KUCHING HIGH BIL 1/2018

TUJUAN PROGRAM

Merancang dan menyelaras aktiviti KBPM Kuching High bersama jurulatih bomba dari Balai Bomba Kuching

TARIKH / MASA PROGRAM

6 Januari 2018 (9.00 pagi – 11.00 pagi)

KEHADIRAN

  1. Mohamad Saifullah Md Sabri (Guru Kadet)
  2. Michelle Muroh (Guru Kadet)
  3. Noraini Wahed (Guru Kadet)
  4. Pidan Ajang (Guru Kadet)
  5. PB Mohamad Ismail Assan (Ketua Unit Latihan BBP Kuching)

AKTIVITI PROGRAM

Perbincangan dan penyelarasan berkenaan :

  1. Ucapan Aluan
  2. Ucapan Wakil Balai Bomba dan Penyelamat Kuching
  3. Pendaftaran Pasukan KBPM
  4. Pemakaian Guru / Anggota KBPM
  5. Latihan / Kursus Guru Kadet Bomba
  6. Takwin 2018 / Pelan Operasi / Pelan Strategik
  7. Perjumpaan Mingguan Kokurikulum / Pembelajaran Modul Kadet
  8. Pertandingan Kadet Bomba dan Penyelamat 2018
  9. Fire Drill / Demontrasi Kebakaran / Ceramah Kebakaran
  10. Lain – lain

PROGRAM ORIENTASI KOKURIKULUM PELAJAR BAHARU 2018

TUJUAN PROGRAM

Memberi pendedahan kepada warga SMJKKH terutama pelajar baharu iaitu tingkatan satu untuk memilih KBPM sebagai badan beruniform yang mereka minati.

TARIKH / MASA PROGRAM

5 Januari 2018 (2.30 petang – 3.40 petang) / Dewan SMJK Kuching High

AKTIVITI PROGRAM

  1. Mengadakan pameran berkaitan pencapaian KBPM SMJK Kuching High
  2. Memberi penerangan tentang aktiviti KBPM yang lalu dan yang akan datang
  3. Menerangkan kekuatan KBPM berbanding pasukan beruniform yang lain

MAJLIS PENGHARGAAN DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN PENUBUHAN KE 30 TAHUN PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SMK KUCHING HIGH 2017

TUJUAN PROGRAM

Memberi penghargaan kepada Kadet Bomba yang cemerlang berkhidmat sepanjang tahun 2017 dan menghargai jasa dan khidmat kepada jurulatih dan guru-guru kadet serta memperingati ulang tahun penubuhan pasukan kadet Bomba Sekolah

AKTIVITI PROGRAM

  • Memberi penghargaan kepada kadet yang berkhidmat sepanjang tahun 2017
  • Memberi penghargaan kepada jurulatih dan guru kadet atas komitmen sepanjang tahun 2017
  • Majlis pemotongan kek sempena sambutan ulang tahun ke 30 tahun penubuhan pasukan kadet Bomba SMK Kuching High

TETAMU KHAS

  • PBT Khairul Basri Bin Sulaiman (Timbalan Ketua Balai BBP Kuching)
  • En Tan Kiang Tuang (Pengetua SMK Kuching High)
  • En. Mohamad Peridar Bin Hj Leman (Pengasas Pasukan Kadet Bomba SMKKH)
  • PBK I Mohd Noor (Wakil Bahagian Latihan, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sarawak)

ANUGERAH/SIJIL

  • PB Ismail, PB Herman, PB Miqhail – Jurulatih Kadet (BBP Kuching)
  • En. Mohamad Saifullah, En. Aldous, Pn. Pidan, Pn. Michelle, Cik Noraini – (Guru Kadet Bomba SMK Kuching High)
  • En. Mohamad Peridar Bin Hj Leman – Anugerah Kadet Sepanjang Zaman
  • Izzul Haqim Bin Mohamud – Anugerah Kadet Terbaik Lelaki
  • Ain Nabilah Bt Pozai – Anugerah Kadet Terbaik Perempuan
  • Muhamad Amirul Bin Abdullah – Anugerah Kadet Harapan Lelaki
  • Almi Anissa Bt Ali Akbar – Anugerah Kadet Harapan Perempuan

TARIKH / TEMPAT PROGRAM

26 Oktober2017 (M HOTEL, GUNUNG BUDA ROOM)

 

UJIAN BERTULIS KENAIKAN PANGKAT KOPERAL

Telah berlangsung Ujian Bertulis Kenaikan Pangkat Koperal Kadet Bomba SMK Kuching High 2017 bertempat di Bilik AVA 1, SMKKH.

Melibatkan 8 orang kadet yang berpangkat Lans Koperal telah berjaya menjawab ujian tersebut. Ia telah dilaksanakan dan dipantau oleh PB Herman dan PB Miqhail selaku jurulatih kadet dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuching.

TARIKH / TEMPAT PROGRAM

24 Oktober 2017 (Bilik AVA I, SMK Kuching High)

 

PERJUMPAAN MINGGUAN (ASAS KOMUNIKASI 1 & TATACARA AMALAN PENYIMPANAN BARANGAN BERKESAN (GOOD HOUSEKEEPING)

TUJUAN PROGRAM

  1. Mengenalpasti sejarah JBPM dan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
  2. Mengaplikasikan lagu Kadet Bersatu dalam setiap kali perjumpaan
  3. Mengetahui asas pertolongan cemas dengan lebih lanjt

AKTIVITI PROGRAM

1. Asas Komunikasi I

  • Menerangkan mengenai jenis-jenis komunikasi secara umum
  • Menyenaraikan media-media komunikasi terkini.
  • Memahami komunikasi berkesan, halangan dan kekangan komunikasi.Mengetahui sejarah dan latar belakang JBPM serta lagu dan sejarah Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia

2. Tatacara Amalan  Penyimpanan Barang Berkesan (Good House Keeping)

  • Memahami konsep 4W1H
  • Mengetahui tatacara amalan penyimpanan Barang.
  • Mengamal dan mengaplikasi secara berkesan.

TARIKH / TEMPAT PROGRAM

29 Julai 2017 (Bilik Kuliah Padungan, Balai Bomba Kuching)

MAJLIS PENGHARGAAN BUAT PB SHAIFUL (JURULATIH KADET)

Majlis ini diadakan khas buat PB Shaiful Ismail Othman bagi meraikan beliau atas kenaikan pangkat dan bertukar stesen bertugas di BBP Sg Merah, Sibu. Tahniah diucapkan.

Beliau merupakan salah seorang jurulatih kadet bagi SMK Kuching High yang mana telah banyak membantu dan memberi komitmen kepada sekolah dalam pelbagai program kadet.

Terima kasih diucapkan. Semoga apabila beliau berada di BBP yang baru akan lebih berjaya pada masa akan datang.

 

TARIKH / TEMPAT PROGRAM

29 Julai 2017 (Dewan Kuliah Padungan, BBP Kuching)