MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SMJK KUCHING HIGH 2019

Tahniah buat Pasukan Kadet Bomba Sekolah atas pencapaian tahun 2019. Ini adalah hasil usaha pelajar dan guru-guru Kadet Bomba (Cikgu Pidan, Cikgu Michelle, Cikgu Aldous, Cikgu Noraini dan Cikgu Saiful) juga di bantu oleh jurulatih kadet dari BBP Padungan yang sentiasa menyokong setiap apa yang dirancang oleh pihak sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih baik pada masa akan datang.

PERSEDIAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET BOMBA 2019

Hari ini telah dimulakan latihan ulang kaji berkenaan ilmu-ilmu kebombaan kepada calon kadet Bomba sekolah yang akan menjalani ujian kenaikan pangkat di Balai Bomba Petra Jaya pada minggu hadapan. Selain guru-guru, senior kadet yang telah mahir berkenaan ilmu kebombaan turut hadir memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada junior-junior yang akan berkhidmat kepada organisasi di masa akan datang.

 

MESYUARAT PELARASAN PENGANJURAN UJIAN BERSEPADU KENAIKAN PANGKAT LANS KOPERAL DAN KOPERAL KADET BOMBA BAHAGIAN KUCHING 2019

Pada 4 Oktober 2019, telah diadakan mesyuarat pelarasan bagi program Kadet Bomba Bahagian Kuching pada akan datang. Turut hadir Ketua Bomba Zon Kuching, PgKB I Henderi Ardimansyah, wakil BBP Padungan, wakil BBP Petra Jaya dan Guru-Guru Penasihat Kadet Bomba Sekolah Menengah Bahagian Kuching. Mesyuarat telah diadakan di Bilik AVA 1, SMK Kuching High. Antara perkara yang dibincangkan ialah kaedah penilaian, perbelanjaan, lokasi program dan lain-lain perkara berbangkit.