MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SMJK KUCHING HIGH 2019

Tahniah buat Pasukan Kadet Bomba Sekolah atas pencapaian tahun 2019. Ini adalah hasil usaha pelajar dan guru-guru Kadet Bomba (Cikgu Pidan, Cikgu Michelle, Cikgu Aldous, Cikgu Noraini dan Cikgu Saiful) juga di bantu oleh jurulatih kadet dari BBP Padungan yang sentiasa menyokong setiap apa yang dirancang oleh pihak sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih baik pada masa akan datang.

JEMPUTAN PENERIMAAN SIJIL PENGHARGAAN SEMPENA PERBARISAN TAHUNAN JBPM NEGERI SARAWAK 2019

TAHNIAH diucapkan kepada guru-guru Pasukan Kadet Bomba SMK Kuching atas penghargaan yang diberikan kepada pasukan. Ini adalah sumbagan para guru dan anggota kadet sekolah dalam merancak aktiviti kadet Bomba selama ini. Tahniah buat semua.

Sijil penghargaan diterima oleh En Tan Kiang Tuang selaku Pengetua Sekolah dan En Mohamad Saifullah wakil guru kadet Bomba. Sijil Penghargaan telah diberikan oleh Pengarah Bomba Sarawak dalam Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Sarawak

TARIKH / MASA PROGRAM

23 Januari 2019 (8.30 – 11.30 pagi) l Padang Kawad, BBP Tabuan Jaya, Kuching

MAJLIS SAMBUTAN HARI BOMBA SEDUNIA PERINGKAT BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KUCHING

TUJUAN PROGRAM

  1. Majlis diadakan oleh pihak BBP Kuching bagi memberi penghargaan kepada pegawai Bomba yang cemerlang dalam perkhidmatan serta individu dan pasukan yang cemerlang dalam membantu JBPM dalam pelbagai aktiviti

AKTIVITI PROGRAM

1. Bacaan perutusan perasmian Hari Bomba Peringkat Kebangsaan

2. Penyampaian sijil cemerlang / terpuji

  • Ketua Guru Penasihat Kadet Bomba Sekolah telah mewikili guru-guru lain bagi menerima surat penghargaan dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sarawak sempena majlis tersebut

TARIKH / TEMPAT PROGRAM

8 Mei 2017 (Balai Bomba dan Penyelamat Kuching)