JUALAN HARI KOPERASI DAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2020

Kadet Bomba KHS telah membuka gerai jualan dengan menjual durian crepe bagi menambah dana kelab bagi memperbanyakkan aktiviti tahun 2020. Disamping itu, ahli kadet turut didedahkan dengan ilmu keusahawanan semasa aktiviti berlangsung.

HARI ORIENTASI KOKURIKULUM DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUCHING HIGH 2020

Setiap tahun Pasukan Kadet Bomba menyertai Hari Orientasi Kokurikulum bagi memberi pendedahan kepada pelajar baharu terutama pelajar tingkatan 1 dan mempamerkan kejayaan-kejayaan lalu yang telah dicapai oleh pasukan Kadet Bomba sekolah. Aktiviti ini telah dilaksanakan di kawasan dewan sekokah.