SEJARAH KADET BOMBA SMJK KUCHING HIGH

Pasukan ini ditubuhkan pada awal 1987 dengan keahlian seramai 34 orang untuk kali pertama dibawah jagaan En. Mohamad Peridar B. Haji Leman. Pasukan ini merupakan salah sebuah pasukan yang pertama (pioneer) di antara 39 buah pasukan kadet di Malaysia dan daripada 3 pasukan di sarawak.

Pasukan ini dirasmikan penubuhannya oleh wakil Pelajaran Sarawak iaitu En. Arthur Lim pada tahun 1988. Pasukan telah ini disertai oleh pelajar berbilang bangsa sejak penubuhannya. Pelbagai aktiviti luar telah dijalankan oleh pasukan ini selain daripada aktiviti rasmi pasukan seperti lawatan, latihan perkhemahan, mendaki Gunung Santubong dan lain-lain.

Pasukan ini telah berjaya menganjurkan perkhemahan peringkat Kuching/Samarahan di Pusat Kokurikulum Santubong (1995), Pertandingan Kawad Kebombaan peringkat Kuching/Samarahan di Balai Bomba Batu Lintang (1996), Street Football di Balai Bomba Batu Lintang (1999).

Kadet Bomba Kuching High juga pernah dipilih untuk ke perkhemahan peringkat kebangsaan di Pulau Pinang (2000) dan Negeri Sembilan (2001). Pasukan ini juga turut serta dalam pertandingan kawad kebombaan peringkat negeri Sarawak di SMK Serian, SMK Gapor, SMK Taee, SM Sains Kuching, SMK Semera, SMK Lake dan Balai Bomba Tabuan.

Terdapat juga di antara bekas ahli kadet bomba Kuching High telah berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak. Diharapkan pada masa yang akan datang, akan lebih ramai lgi ahli kadet yang akan berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s